Thursday, June 2, 2011

Piramid pengurusan kewangan (Part 4: Hibah Creation)

لا تزول قدما عبد حتى يسأل عن عمره فيما أفناه، وعن علمه فيم فعل فيه، وعن ماله من أين اكتسبه وفيم أنفقه، وعن جسمه فيم أبلاه‏
“Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba Allah (dari tempat hisab di padang mahsyar) sebelum ia ditanya berkenaan;
1. Umurnya (yakni masa-masa di sepanjang umurnya); bagaimana ia habiskannya?
2. Ilmunya; bagaimana ia amalkannya?
3. Hartanya; dari mana ia perolehi dan cara mana ia belanjakannya?
4. Tubuh-badannya; bagaimana ia gunakannya?
(Hadis riwayat Imam at-Tirmizi dari Abi Barzah Nadhlah ibn ‘Abid al-Aslami)




Harta merupakan suatu aset bernilai yang hanya diperlukan ketika di dunia. Semestinya kita yakin bahawa seberapa banyak harta yang telah kita usahakan dan kumpul ketika di dunia, tidak mungkin kita akan dapat menikmatinya setelah kita meninggal dunia. Perancangan kewangan bukan sahaja terhenti ketika kita meninggal dunia bahkan ianya berlanjutan sehingga kita meninggal dunia. Selain kos-kos perbelanjaan untuk pengurusuan jenazah, kos-kos pembayaran hutang, pembahagian harta secara adil dan menepati syariat dan undang-undang juga harus disediakan.


Mungkin kebanyakan dari kita menyangkakan bahawa hartanya akan diagihkan terus kepada yang tersayang apabila mereka tiada lagi dan faktor inilah yang menyebabkan orang bertungkus-lumus berusaha mengumpulkan kekayaan untuk dinikmati oleh orang tersayang namun gagal dan terlupa untuk merancang kewangan apabila mereka meninggal dunia. Ini adalah suatu perkara yang sangat merugikan.



“Katakanlah : Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak pula kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah. Tiap2 umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak pula
mendahulukannya”.
 Surah Al Araaf (7) Ayat 3

Harta sepeninggalan si mati perlu melalui proses perundangan sebelum setiap harta boleh dipindah milik. Ini termaktub di dalam probate and administration act 1959

Akta Probet dan Pentadbiran 1959

Akta ini dilaksanakan terhadap harta pusaka besar (biasa) dan harta pusaka ringkas. Harta pusaka besar ialah harta pusaka yang jumlah nilainya lebih daripada RM 600,000.00 sama ada terdiri daripada harta alih semuanya atau semuanya harta tak alih atau terdiri dari campuran harta alih dengan harta tak alih atau harta pusaka yang jumlah nilainya kurang daripada RM 600,000.00 tetapi si mati ada meninggalkan wasiat.

Akta Probet dan Pentadbiran 1959 telah dikuatkuasakan pemakaiannya di seluruh Semenanjung Malaysia pada 1hb Februari 1960. Akta ini memperuntukan cara-cara untuk mendapatkan surat kuasa probet dan surat kuasa tadbir. Permohonan untuk mendapatkan surat kuasa probet dan surat kuasa tadbir boleh dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil. Menurut akta ini terdapat tiga jenis surat kuasa wasiat dan kuasa tadbir, iaitu :

( 1 ) Surat kuasa wasiat (probet) jika si mati meninggalkan wasiat yang meliputi semua hartanya (bagi si mati yang bukan beragama Islam).
( 2 ) Surat kuasa tadbir bagi harta pusaka tanpa wasiat (intestate estate)
( 3 ) Surat kuasa tadbir dengan wasiat berkembar apabila si mati meninggalkan wasiat untuk sebahagian daripada harta peninggalanya dan sebahagian yang lain tanpa wasiat.

Menurut akta ini, harta simpanan si mati (contohnya seperti  Akaun Bank, Saham-Saham ASB/ASW, EPF/Tabung Haji  ,Amanah Saham  ,Saham Syarikat,Harta Tanah ) akan dibekukan sebelum dipindah milik dan proses ini memakan  masa bertahun-tahun dan memerlukan yuran perkhidmatan yang diambil untuk pengurusan harta. Sekiranya harta yang ingin diwariskan bernilai RM 1 juta namun sekiranya anda di caj 1% (hanya sekadar contoh) dari harta tersebut bermakna anda telah hilang RM10,000 untuk diwariskan kepada orang tersayang anda.


TAKAFUL sebagai alternatif perancangan harta.

Apakah itu hibah dan wasi ? Hibah dan Wasi adalah instrumen penting dalam pembahagian harta dalam Takaful. Hibah adalah pemberian. Wasi adalah pemegang amanah. Orang yang mengambil insuran takaful dipanggil peserta.

Peserta mendapat sejumlah wang pampasan kiranya ditimpa musibah. Andai kata peserta meninggal dunia sejumlah wang akan diberikan kepada waris beliau. Disini pemberian secara hibah atau wasi mengambil peranan. Kiranya peserta lelaki membuat hibah keseluruhan pampasan kepada isterinya, maka isterinya itu akan mendapat keseluruhan harta tersebut tanpa perlu difaraidkan. 




Ini kerana hibah atau pemberian tersebut dibuat ketika peserta masih hidup. Seandainya peserta melantik isteri sebagai wasi (pemegang amanah), maka isteri akan membahagikan pampasan kepada waris tersebut mengikut persetujuan kesemua waris ataupun secara faraid.
Pemberian dari hibah akan dibuat selepas dalam tempoh 60 hari TANPA melalui proses mahkamah dan melalui akta Probet dan pentadbiran 1959. Wang takaful dikira sebagai bukan harta si mati dan akan menjadi creditor proof (kalis pemiutang). Polisi yang diamanah-hibahkan juga akan menjadi bankruptcy-proof (kalis bakrupsi).
Penamaan hibah untuk harta pewarisan akan melindungi harta anda untuk orang tersayang, menjimatkan , tempoh yang singkat, dan secara tidak langsung akan membangkitkan ketenangan harmoni kerana polisi yang dihibahkan adalah pemberian oleh si mati kepada penama hibah yang tidak boleh dinafikan atau dibicarakan lagi.


Promosi di MAA TAKAFUL

Dengan menyimpan dan melabur di MAA TAKAFUL, hanya  3% premium tahunan diperlukan dari harta yang dirancang untuk diwarisi. (jumlah premium tertakluk kepada jumlah yang ingin dilindungi, dan tempoh caruman dilakukan).
Sekiranya anda ingin mewariskan sebanyak RM 1 juta kepada orang tersayang. Bukalah akaun hibah dan bayar caruman sebanyak 3 % dari nilai itu setiap tahun (RM 30000 setahun). Rancang dan bertindaklah secepat mungkin kerana kematian tidak akan menunggu anda walau sesaat. Takaful dapat melindungi kewangan anda, namun tidak dapat melindungi nyawa anda.