SEDEKAH TERBAIK ADALAH DISAAT SENANG
الحديث رواه أمام البخارى
قال رجل يا رسول الله , أى صدقة أعظم أجرا , قال أن تصدق ,أنت صحيح شحيح , تخشى الفقر وتأمل الغنى ولا تمهل حتى إذا بلغت الحلقوم قلت لفلان كذا أو لفلان كذا
قال رجل يا رسول الله , أى صدقة أعظم أجرا , قال أن تصدق ,أنت صحيح شحيح , تخشى الفقر وتأمل الغنى ولا تمهل حتى إذا بلغت الحلقوم قلت لفلان كذا أو لفلان كذا
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah: Sedekah bagaimanakah yang mendapat pahala yang besar?
Rasulullah menjawab: Sedekah disaat kamu sihat atau senang.
kerananya sedekah disaat susah tidak ikhlas kerana sedekah disaat tersebut kamu bersedekah kerana takutkan kefakiran dan berharapkan kekayaan. Janganlah kamu bersedekah disaat nyawa dihalkum.tidak berguna lagi kamu mewasiat untuk si fulan sebanyak ini dan untuk si fulan pula sebanyak ini.
Ramai yang beralasan untuk menjadi penyumbang untuk polisi takaful. Ini kerana ramai yang mempunyai punca pendapatan yang belum kukuh. Selepas 2-3 bulan memiliki pendapatan, kita lebih sibuk menambahkan hutang dengan melakukan proses pinjaman. Kehidupan yang moden yang terdesak menyebabkan kita terpaksa melalui proses pinjaman ini. Ada juga sesetengah orang yang kurang arif dengan perancangan kewangan dan hanya mengikuti kehendak perbelanjaan hati. Sekiranya ada model kereta baru keluar yang mampu dimiliki, akan memikirkan untuk menukar kereta. Sekiranya model alatan elektronik keluar yang lebih baik, kita sibuk meikirkan untuk mendapat barangan yang sama. Ini membuatkan kita sering merasa tidak cukup dengan perbelanjaan kita dan kita akan terus meniliti cara yang lain untuk menambah pendapatan. Ada juga yang setelah bersara masih mencari kerja kerana wang persaraan yang tidak cukup.
Apatah lagi dengan pemahaman konsep asas takaful. Takaful sebenarnya bukan sahaja melindungi pendapatan diri kita malahan wang yang kita sumbangan akan melindungi peserta yang lain jika mereka di timpa kesusahan.
Hal ini satu perkara yang tidak dititik beratkan oleh kebanyakan pelanggan yang ingin melakukan sumbangan. Mereka hanya sibuk memikirkan berapa faedah yang mereka akan dapat sekiranya mereka menyumbang dengan jumlah yang tertentu berbanding memikirkan bahawa mereka juga akan menyumbang kepada orang lain yang ditimpa kesusahan.
Faktor inilah yang menyebabkan ekonomi umat kita runtuh. Tiada lagi sifat dermawan dalam diri kita. Kita hanya lebih memikirkan isi perut diri dan keluarga kita daripada orang lain. Wang pendapatan kita lebih banyak dilaburkan pada barangan peribadi kita yang untungnya hanya dapat dirasai oleh peniaga barangan tersebut sama ada peniaga dalam dan luar negara. Sekiranya peniaga itu dari luar negara, keuntungan itu akan di laburkan untuk pembangunan negara mereka. Apakah sisa yang masih ada untuk pembangunan ekonomi masyarakat kita?
Konsep takaful yang telah diterapkan semenjak zaman sahabat dan Rasulullah inilah yang membentuk satu perkembangan ekonomi yang mantap di Madinah suatu ketika dahulu. Orang-orang yang bersedekah InsyaAllah tidak akan dirugikan oleh Allah s.w.t. Rancanglah perbelanjaan anda dengan bijak, temuilah perunding -perunding kewangan untuk mendapatkan khidmat nasihat, terimalah dengan hati yang terbuka dan sumbanglah dengan niat yang ikhlas. InsyaAllah kita akan mendapat manfaat di dunia dan di akhirat.
Pelbagai produk takaful yang sesuai untuk diri kita telah di perkenalkan oleh syarikat MAA takaful. Untuk mendapatkan khidmat perunding. Silalah hubungi saya di 0164219626 untuk pengaturan temujanji. Jangan tunggu hari esok, kerana esok belum tentu kita akan hidup di dunia ini.
No comments:
Post a Comment