Assallamualaikum, marilah kita melihat petikan akhbar ini..
BIENDA BERTARUNG NYAWA
Mungkin sudah takdir, akhirnya Bienda atau nama sebenarnya Norrazlinda Razli, 22, terpaksa menerima hakikat terdapat lubang sedalam 25 milimeter pada bahagian kiri jantungnya. Lebih mengejutkan, pihak hospital memaklumkan peruntukan untuk melakukan pembedahan jantung itu memerlukan kos sekitar RM50,000. Mana hendak dicari duit sebanyak itu? Persembahan pentas pun bukannya ada. Itulah nasib mereka. Hendak meminta malu tetapi jika tidak berbuat demikian bimbang penyakit itu akan melarat.
Mungkin sudah rezeki dari Tuhan, beban itu dapat juga dikurangkan apabila Pergerakan Pemuda UMNO pada 2 Januari lalu memaklumkan kesediaan mereka menghulurkan sumbangan RM25,000. Melalui Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang membantu berusaha mendapatkan peruntukan itu, paling tidak kedua-dua beranak tersebut mampu juga menarik nafas lega.
Dipetik daripada Utusan Malaysia: 6 Januari 2008
Alhamdulillah. Kini Bienda telah pun sembuh
AZEAN PERLUKAN RM90,000
Sudah dua minggu aktres Azean Irdawaty selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada payudaranya dan aktres itu sudah disahkan semakin sihat, malah tidak sabar untuk bersama dengan karyawan lain ke Festival Filem Malaysia di Pulau Pinang awal Ogos nanti.
Apa pun, di sebalik senyuman riang Azean itu ‘tersembunyi’ sesuatu. Pelakon versatil berusia 57 tahun ini sebenarnya memerlukan bantuan kewangan untuk membiayai kos rawatannya. Kos rawatan penyakit kanser memang agak tinggi. Kimoterapi saja, sebanyak RM42,000 diperlukan Azean bagi enam sesi rawatan yang dijalani di Hospital Pakar Damansara pada 18 Julai lalu.
Kos berkenaan belum termasuk rawatan radioterapi yang akan dilakukan di hospital di Nilai. “Selepas mengambil kira semua perkara saya memerlukan kira-kira RM90,000,’’ katanya dalam senyum yang gundah.
Bagaimanapun, setakat ini sebanyak RM33,000 berjaya dikumpulkan. Ia hasil sumbangan diperoleh Azean daripada saudara, rakan, persatuan dan pihak yang prihatin pada dirinya. Azean mungkin kacau dan risau sebab untuk mendapatkan kos sebanyak itu bukannya mudah. Ambil masa dan tenaga, tetapi masalahnya dalam keadaan sekarang dia tidak boleh bekerja untuk mencari wang.
Alhamdulillah, kita bersyukur kehadrat Allah s.w.t yang masih lagi memberikan kita kesihatan dan nyawa untuk kita meneruskan tanggungjawab dan amanah kita di dunia. Sesungguhnya Allah tidak pernah dan tidak akan menzalimi hambaNya sebaliknya hambaNyalah yang selalu melakukan kezaliman.
2 kisah di atas bukan bertujuan untuk memburukkan sesiapa sahaja, namun agar kita dapat pengajaran bahawa kewangan adalah penting. Wang umpama minyak untuk sebuah kereta. Tanpa minyak, kereta tidak akan dapat bergerak biar bagaimana mahal atau murahnya nilai kereta tersebut.
Pembentukan tabung kewangan melalui takaful adalah salah satu cara yang kita ketahui. Umumnya secara sedar atau tidak kita melihat sudah banyak bank atau syarikat mempromosikan tabungan berasaskan takaful yang diakui pilihan yang tepat untuk kewangan.
Apa perlunya tabung kewangan?
Tabung kewangan adalah penting apabila :
1. Kehilangan punca pendapatan. Ini terjadi sekiranya kita hilang upaya seperti lumpuh kekal ataupun meninggal dunia. Setiap orang mempunyai risiko untuk mendapat kehilangan punca pendapatan atas sebab ini. Siapakah antara kita yang betul-betul pasti bahawa dirinya tidak akan meninggal dunia?
2. Menghidapi penyakit kritikal. Penyakit kritikal bermaksud penyakit yang tidak dapat disembuhkan dan hanya dapat dirawat untuk memanjangkan tempoh hayat atau penyakit yang boleh membawa kematian.
3. Pendidikan anak-anak. Pendidikan anak-anak juga boleh dibina melalui pelaburan dan simpanan di dalam takaful untuk menjamin pelajaran anak-anak ke universiti yang terkemuka dengan biayaan sendiri tanpa membuat pinjaman yang membebankan anak-anak. Kita juga mengtahui kos pendidikan meningkat tahun demi tahun.
4. Wang untuk persaraan. Tabung persaraan adalah penting supaya dapat menjamin persaraan yang lebih selesa. Pada waktu ini, adalah bagus sekiranya kita dapat mewariskan kekayaan dan harta kita kepada waris yang layak agar tidak memberi bebanan kepada waris kita dan dapat meneruskan legasi ekonomi keluarga yang kukuh. Hukum pewarisan harta dan pengurusan harta pusaka adalah penting. Kita mengetahui sebagai seorang Islam, harta peninggalan pusaka wajib dibahagikan melalui hukum faraidh. Takaful juga memberi penyediaan kepada peserta menguruskan harta pewarisan dengan lebih efisien dan tidak merumitkan keluarga melalui akaun HIBAH. Ini akan diterangkan pada waktu hadapan.
Mengapa perlu takaful ? Bukankah kita boleh menyimpan di bank ?
Individu yang tidak mempunyai polisi takaful akan membuat tabungan di dalam BANK. Bank merupakan tempat untuk menyimpan wang di zaman moden dan kita sudah tidak lagi melihat orang menyimpan wang di bawah bantal atau di dalam peti harta karun. Jika kita menyimpan RM1 di dalam bank, kita akan mendapat RM1 jika apa-apa musibah berlaku pada kita . Sebaliknya jika kita menyimpan RM1 di dalam takaful ? Kita akan mendapat bantuan yang nilainya lebih dari RM1. :-)