Friday, May 20, 2011

Piramid pengurusan kewangan

Assallamualaikum dan salam sejahtera. Saya berharap dan mendoakan agar kita sentiasa sihat dan sejahtera selalu. Mari kita lihat hadis Rasulullah S.A.W ini.


“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta” (
HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI)


Setiap dari kita semuanya mengimpikan kehidupan dan keluarga yang harmoni dan ramai dari kita memilih untuk hidup sederhana dan tidak mengimpikan sebuah keluarga yang mewah. Asalkan keluarga mereka dilimpahi kesenangan, anak-anak yang bekerja berpendapatan tetap, pelajaran yang cukup, keperluan hidup yang mencukupi beerti mereka sudah mempunyai keluarga yang sempurna. Namun begitu, ini bukanlah satu alasan untuk kita mengelak dari melakukan perancangan kewangan untuk diri dan keluarga. Kita akan mendapati semakin besar pendapatan kita, keperluan hidup keluarga kita juga akan besar. Begitu juga semakin besar sesebuah institusi keluarga itu, jelas semakin besar jugalah keperluan hidup keluarga mereka.

Piramid pengurusan kewangan seperti yang ramai sedia maklum sering diterangkan di seminar-seminar pengurusan kewangan. Ianya ditunjuk bagi menerangkan hieraki atau prioriti kewangan itu sendiri. Pelbagai model telah dibina namun asasnya adalah seperti berikut:


Perlindungan pendapatan atau perlindungan gaji adalah asas kepada pengurusan kewangan itu sendiri. Setiap individu akan menghadapi risiko dengan apa-apa musibah apabila dia melangkahkan kaki untuk keluar dari rumah untuk bekerja. Malahan, sekiranya dia hanya duduk sahaja di rumah, dia juga akan menghadapi risiko musibah dan lebih malang lagi dia tidak dapat menambahkan pendapatan. Sekiranya pendapatan tidak dilindungi, seseorang mengalami musibah yang menyebabkan kecederaan fizikal atau kematian akan gagal mendapat pendapatan seperti biasa dan harus mencari sumber pendapatan yang lain. Perlindungan pendapatan ini terdapat di TAKAFUL yang tujuan utamanya untuk melindungi pendapatan seseorang sekiranya terjadi kematian atau kemalangan yang menyebabkan kecacatan fizikal. Pengendali takaful atau insurans TIDAK dapat melindungi seseorang dari kematian/ lumpuh tetapi dapat melindungi pendapatan anda sekiranya terjadi kemalangan tersebut. Jika anda mahu memilih untuk mengambil polisi Takaful, pastikan tujuan anda betul dan pastikan polisi yang diambil benar-benar mencukupi untuk perlindungan pendapatan anda. Kebanyakan individu yang mengambil polisi hanya mengambil dengan kadar minimum dan kebanyakan perunding kewangan hanya menawarkan kadar minimum ini semata-mata untuk mendapat lebih ramai klien.

Berapakah nilai yang patut dilindungi?
Untuk mendapat rundingan secara peribadi. Silalah menghubungi saya secepat yang mungkin. Saya juga akan menerangkan serba sedikit maklumat di laman ini InsyaAllah.


No comments: