Wednesday, May 18, 2011

Krisis melanda rakyat Malaysia


sumber: Berita Harian (2003)

KUALA LUMPUR 8 April – Di negara-negara seperti Singapura di mana para pengguna percaya mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM3.8 juta hingga RM7.6 juta untuk bersara dengan selesa, sementara banyak rakyat Malaysia percaya mereka memerlukan kurang daripada itu, menurut kaji selidik terbaru setengah tahunan Ideal Asia MasterCard International.
Kira-kira 41 peratus rakyat Malaysia percaya mereka boleh bersara dengan selesa dengan empunyai RM380,000 hingga RM1.14 juta, kata kajian itu lagi.
Kajian Ideal Asia itu turut mengkaji bagaimana rakyat Malaysia dan pengguna-pengguna di 13 pasaran Asia/Pasifik lain merancang dan melihat persaraan mereka. Ia meliputi temu bual dengan sejumlah 5,386 pengguna atau purata 400 responden setiap pasaran.
MasterCard berkata secara keseluruhan, sesuku daripada responden di dalam kaji selidik itu memerlukan RM380,000 - RM1.14 juta untuk bersara dengan selesa manakala 15 peratus percaya RM1.14 juta hingga RM1.9 juta perlu bagi persaraan yang senang.
MasterCard berkata, 37 peratus daripada rakyat Malaysia akan berhenti sama sekali jika mereka mempunyai RM380,000-RM1.14 juta diperuntukkan sebagai nafkah persaraan mereka.
[b]Ia juga berkata 38 peratus daripada rakyat Malaysia percaya angka RM380,00-RM1.14 juta mungkin mencukupi untuk menggembirakan mereka. Katanya, jumlah purata yang diketepikan setiap bulan bagi dana pencen oleh rakyat Malaysia adalah RM380 atau kurang, yang adalah sama dengan pasaran-pasaran lain di rantau ini.
Bagaimanapun, Singapura adalah terkecuali kerana mereka menabung purata RM2,850 hingga RM3,800 sebulan kerana dana pencen mereka, tambahnya.

Mengumpul sebanyak RM380,000 bukanlah hal yang mudah tetapi hari persaraan adalah pasti untuk semua yang bekerja. Untuk membuat tabung persaraan bukan perkara yang mudah kerana wang selalunya tidak cukup. Memadai jika dilihat pada wang KWSP malahan bukan disimpan, malah sudah habis diakhir persaraan kerana banyak dikeluarkan sebelum tempoh matang. Hakikatnya, ramai rakyat Malaysia yang berdepan dengan hutang diwaktu persaraan walaupun diketika itu adalah waktu rehat setelah penat lelah bekerja. Ini menganggu status ekonomi dan sosial dan impian untuk membuka perniagaan keluarga, hidup selesa hanyalah menjadi mimpi di siang hari. Ramai juga yang setelah bersara terpaksa mencari kerja lain untuk menampung bebanan hutang dan keluarga seperti menjadi pengawal keselamatan, menjual makanan dan lain-lain. Apa yang lebih menyesakkan adalah kos-kos perbelanjaan yang bukannya semakin menurun malah semakin menigkat. Kos pendidikan, kesihatan, barangan kawalan dan bahan mentah tidak pernah menurun tahun demi tahun.

Jadi fikirkanlah tentang masa hadapan anda. Jika ianya bukan untuk diri anda, fikirkan untuk orang yang anda sayangi.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan tabungan kita gagal

1. Kewangan yang tidak mencukupi. Hal ini kerana perbelanjaan yang melebihi keperluan dan kemampuan. Perbelanjaan yang tidak terancang dan hutang yang banyak. Hal ini dapat diatasi dengan merancang kewangan dengan perunding kewangan. Mengatasi obses/nafsu untuk membeli barang yang tidak perlu dan perubahan sikap.

2. Masa yang tidak mencukupi untuk menabung. Pada waktu mula kita bekerja, kita tidak memikirkan untuk menabung, tabungan hanyalah difikirkan untuk membina keperluan seperti rumah, kereta, dan perkahwinan. Begitu juga selepas berkahwin, tabungan hanyalah untuk perbelanjaan anak-anak dan ibu-bapa. Sebenarnya tabungan haruslah dilakukan sekarang sebelum anda dimakan masa dan melihat masa berlalu begitu sahaja tanpa ada tabungan yang cukup.

3.Kemudahan. Ramai juga yang tidak mengetahui cara yang tepat untuk menabung. Ramai yang gagal menabung kerana wang yang mudah untuk dikeluarkan. Pada saya, penabungan yang sukar untuk dikeluarkan dan hanya dikeluarkan diwaktu yang telah ditentukan adalah tabung yang baik. Umpama tabung yang paling baik untuk dibeli kepada anak-anak kita adalah tabung yang susah untuk dipecahkan dan susah untuk dikorek. Ini akan dibincangkan nanti..

Secara umumnya kewangan adalah sesuatu yang penting untuk dirancang dan tak boleh terlepas pandang.Kegagalan merancang kewangan akan menyebabkan kegagalan dalam ekonomi individu keluarga dan masyarakat juga memberi kesan kepada sosial kita. Keluarga yang berstatus sosial yang mempunyai syarikat besar seperti di dalam drama tidak mungkin wujud sekiranya tidak mempunyai kewangan yang kukuh dan modal yang hanya 100% bergantung pada peruntukan. Mulailah merancang kewangan anda sekarang!

No comments: