Cabaran- cabaran ekonomi masa kini seperti kenaikan harga barang, kadar inflasi yang tidak menentu, korupsi yang semakin menjadi- jadi dan pengurusan kewangan negara yang tidak telus telah mendesak kita supaya menyiapkan diri dengan persediaan yang serapi mungkin bukan sahaja untuk kebaikan kita tetapi juga untuk kesejahteraan generasi akan datang.
Simpanan memang mudah untuk diperkatakan tetapi sangat sukar dan payah untuk dilaksanakan. Ini kerana tindakan ini memerlukan kesedaran yang tinggi, komitmen dan kesabaran yang berterusan sebelum mencapai hasil yang diinginkan kelak. Cuma segelintir daripada kita sahaja yang berjaya menyimpan secara konsisten.
Mengapa sukar untuk menyimpan?
Permasalahan ini bukanlah untuk menyalahi atau memburukkan mana-mana pihak. Rata-rata antara kita (termasuk penulis sendiri) mempunyai masalah berhadapan dengan sikap menyimpan wang. Ada juga yang akan beralasan bahawa wang bukanlah segala-galanya.Ianya memang benar namun tetapi semua perkara yang kita kehendaki atau hadapi sebutkan apa sahaja pasti sangat- sangat mengkehendakkan wang. Wang sangat diperlukan sehinggalah kita menghembuskan nafas terakhir, wang diperlukan untuk menguruskan pengebumian kita.
Sikap terlalu boros dalam berbelanja sering menjadi halangan terbesar kepada seseorang individu daripada menyimpan.Namun strategi perbelanjaan yang bijak sangat perlu bagi memastikan simpanan dapat dijalankan walaupun sedikit
Pendapatan yang kononnya ’cukup makan’ menjadi halangan kepada seseorang untuk berjimat cermat dan menyimpan. Sebenarnya orang yang bijak adalah orang yang tidak memikirkan nasibnya untuk masa yang singkat tetapi lebih penting lagi memikirkan nasib yang akan menimpa pada masa- masa mendatang. Apa guna duit yang banyak tetapi hanya dihabiskan untuk bersuka ria tanpa memikirkan keperluan-keperluan di masa hadapan?
Kaedah terbaik menyimpan wang
Berikut adalah kaedah yang terbaik untuk menyimpan wang
1. Tetapkan tujuan penyimpanan dan kadar simpanan. Semua orang perlu menyiapkan simpanan dan tujuannya sememangnya berlainan untuk setiap individu. Antara tujuan itu seperti menampung kos kecemasan seperti kerosakan rumah, kecurian dan sebagainya atau penyimpanan untuk mengerjakan haji, penyimpanan untuk pendidikan anak-anak dan lain-lain.
2. Tetapkan peratus simpanan yang perlu dilakukan setiap bulan. Mulakan dengan peratus kecil dahulu dan tambahkan dari masa ke semasa bergantung kepada jumlah pendapatan dan jumlah perbelanjaan bulanan. Contohnya mulakan dengan 10 %. Penyimpanan melalui auto debit, atau pemotongan gaji melalui biro angkasa bagi pekerja sektor awam adalah sangat bagus kerana wang yang disimpan akan terus disimpan di dalam akaun tanpa kita sedari.
3. Buka akaun yang TIDAK mempunyai kad ATM. (Sebagai contoh akaun Tabung Haji). Kita juga boleh menggunakan akaun bank-bank lain dan jangan meminta kemudahan kad ATM. Ini bagi menghalang kita daripada mengeluarkan wang simpanan kita dengan sewenang- wenangnya. Sekiranaya kita mempunyai lebih daripada satu akaun bank, kita boleh memilih salah satu daripada akaun bank tersebut untuk tujuan simpanan semata- mata.
4. Gunakan kemudahan online banking untuk memudahkan urusan memindahkan wang dengan cepat dan serta merta khusunya bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk memasukkan wang. Walaupun anda dikenakan RM2 setiap transaksi. Anda akan mendapati ia berbaloi bila melihat hasil simpanan anda kelak. Antara kemudahan online banking yang boleh digunakan ialah www.maybank2u.com.my (Maybank) dan www.cimbclicks.com.my (CIMB Bank).
Contoh penyimpanan:
Peratus simpanan yang ditetapkan = 10%
Gaji semasa (Bulanan) = RM 1500
Jadi simpanan bulanan = RM150 sahaja
Jumlah simpanan dalam 2 tahun = RM 150 x 24 bulan
= RM 3600
Bagaimana sekiranya tempoh simpanan 5 tahun?
Jumlah ini boleh digunakan di masa kita benar- benar memerlukan wang seperti membiayai kos perubatan, memulakan perniagaan kecil- kecilan, menyambung pengajian, membayar kos persekolahan anak- anak atau adik- adik dan melangsaikan hutang lapuk.
Disiplinkan diri untuk tidak mengeluarkan wang simpanan ini. Cuba cari pilihan lain dahulu dan pengeluaran wang simpanan adalah pilihan yang terakhir
TAKAFUL- penyimpanan bijak
Penyimpanan wang melalui MAA Takaful adalah baik sekiranya penyimpanan dibuat untuk jangka masa panjang. Ini kerana sekiranya individu membuka akaun dengan caruman tertentu, jaminan perlindungan juga akan diberikan pada pemegang akaun. Pencarum/ peserta takaful juga boleh mengeluarkan wang mereka selepas 5 tahun dan dengan hanya meninggalkan lebihan sebanyak RM1000 minimum, peserta takaful masih layak mendapat perlindungan asalkan ianya cukup untuk menampung caj yang dikenakan di dalam tabung pelaburan risiko peserta. (PRIA). Tabung pelaburan risiko peserta adalah tabung yang digunakan untuk membiayai mana-mana peserta takaful yang layak mendapatkan pampasan seperti kematian, kemalangan dan sebagainya.
Penyimpanan di bank yang mempunyai kad ATM sesuai untuk simpanan jangka pendek kerana dapat mengeluarkan wang dengan mudah ketika perlu. Namun, kesilapan menyimpan untuk jangka panjang di dalam bank kerana wang yang disimpan juga mudah untuk dikeluarkan menyebabkan strategi penyimpanan kita gagal sama sekali. Kita juga tidak mempunyai apa-apa manfaat perlindungan. Sekiranya apa-apa terjadi pada diri kita, kita hanya dapat mengeluarkan nilai penyimpanan yang kita simpan sahaja berlainan sekiranya kita menyimpan di MAA Takaful kita juga akan mendapat manfaat perlindungan bergantung kepada nilai yang kita simpan. Ianya juga halal dan menepati syariah, dan mudah kerana mempunyai konsep HIBAH. (akan diterangkan kemudian).
No comments:
Post a Comment