Saturday, July 2, 2011

Takaful = tolong orang

Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin



SEDEKAH TERBAIK ADALAH DISAAT SENANG

الحديث رواه أمام البخارى

قال رجل يا رسول الله , أى صدقة أعظم أجرا , قال أن تصدق ,أنت صحيح شحيح , تخشى الفقر وتأمل الغنى ولا تمهل حتى إذا بلغت الحلقوم قلت لفلان كذا أو لفلان كذا

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah: Sedekah bagaimanakah yang mendapat pahala yang besar?

Rasulullah menjawab: Sedekah disaat kamu sihat atau senang.

kerananya sedekah disaat susah tidak ikhlas kerana sedekah disaat tersebut kamu bersedekah kerana takutkan kefakiran dan berharapkan kekayaan. Janganlah kamu bersedekah disaat nyawa dihalkum.tidak berguna lagi kamu mewasiat untuk si fulan sebanyak ini dan untuk si fulan pula sebanyak ini.

Ramai yang beralasan untuk menjadi penyumbang untuk polisi takaful. Ini kerana ramai yang mempunyai punca pendapatan yang belum kukuh. Selepas 2-3 bulan memiliki pendapatan, kita lebih sibuk menambahkan hutang dengan melakukan proses pinjaman. Kehidupan yang moden yang terdesak menyebabkan kita terpaksa melalui proses pinjaman ini. Ada juga sesetengah orang yang kurang arif dengan perancangan kewangan dan hanya mengikuti kehendak perbelanjaan hati. Sekiranya ada model kereta baru keluar yang mampu dimiliki, akan memikirkan untuk menukar kereta. Sekiranya model alatan elektronik keluar yang lebih baik, kita sibuk meikirkan untuk mendapat barangan yang sama. Ini membuatkan kita sering merasa tidak cukup dengan perbelanjaan kita dan kita akan terus meniliti cara yang lain untuk menambah pendapatan. Ada juga yang setelah bersara masih mencari kerja kerana wang persaraan yang tidak cukup. 

Apatah lagi dengan pemahaman konsep asas takaful. Takaful sebenarnya bukan sahaja melindungi pendapatan diri kita malahan wang yang kita sumbangan akan melindungi peserta yang lain jika mereka di timpa kesusahan. 

Hal ini satu perkara yang tidak dititik beratkan oleh kebanyakan pelanggan yang ingin melakukan sumbangan. Mereka hanya sibuk memikirkan berapa faedah yang mereka akan dapat sekiranya mereka menyumbang dengan jumlah yang tertentu berbanding memikirkan bahawa mereka juga akan menyumbang kepada orang lain yang ditimpa kesusahan. 

Faktor inilah yang menyebabkan ekonomi umat kita runtuh. Tiada lagi sifat dermawan dalam diri kita. Kita hanya lebih memikirkan isi perut diri dan keluarga kita daripada orang lain.  Wang pendapatan kita lebih banyak dilaburkan pada barangan peribadi kita yang untungnya hanya dapat dirasai oleh peniaga barangan tersebut sama ada peniaga dalam dan luar negara. Sekiranya peniaga itu dari luar negara, keuntungan itu akan di laburkan untuk pembangunan negara mereka.  Apakah sisa yang masih ada untuk pembangunan ekonomi masyarakat kita?

Konsep takaful yang telah diterapkan semenjak zaman sahabat dan Rasulullah inilah yang membentuk satu perkembangan ekonomi yang mantap di Madinah suatu ketika dahulu. Orang-orang yang bersedekah InsyaAllah tidak akan dirugikan oleh Allah s.w.t. Rancanglah perbelanjaan anda dengan bijak, temuilah perunding -perunding kewangan untuk mendapatkan khidmat nasihat, terimalah dengan hati yang terbuka dan sumbanglah dengan niat yang ikhlas. InsyaAllah kita akan mendapat manfaat di dunia dan di akhirat.

Pelbagai produk takaful yang sesuai untuk diri kita telah di perkenalkan oleh syarikat MAA takaful. Untuk mendapatkan khidmat perunding. Silalah hubungi saya di 0164219626 untuk pengaturan temujanji.  Jangan tunggu hari esok, kerana esok belum tentu kita akan hidup di dunia ini. 


Thursday, June 2, 2011

Piramid pengurusan kewangan (Part 4: Hibah Creation)

لا تزول قدما عبد حتى يسأل عن عمره فيما أفناه، وعن علمه فيم فعل فيه، وعن ماله من أين اكتسبه وفيم أنفقه، وعن جسمه فيم أبلاه‏
“Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba Allah (dari tempat hisab di padang mahsyar) sebelum ia ditanya berkenaan;
1. Umurnya (yakni masa-masa di sepanjang umurnya); bagaimana ia habiskannya?
2. Ilmunya; bagaimana ia amalkannya?
3. Hartanya; dari mana ia perolehi dan cara mana ia belanjakannya?
4. Tubuh-badannya; bagaimana ia gunakannya?
(Hadis riwayat Imam at-Tirmizi dari Abi Barzah Nadhlah ibn ‘Abid al-Aslami)




Harta merupakan suatu aset bernilai yang hanya diperlukan ketika di dunia. Semestinya kita yakin bahawa seberapa banyak harta yang telah kita usahakan dan kumpul ketika di dunia, tidak mungkin kita akan dapat menikmatinya setelah kita meninggal dunia. Perancangan kewangan bukan sahaja terhenti ketika kita meninggal dunia bahkan ianya berlanjutan sehingga kita meninggal dunia. Selain kos-kos perbelanjaan untuk pengurusuan jenazah, kos-kos pembayaran hutang, pembahagian harta secara adil dan menepati syariat dan undang-undang juga harus disediakan.


Mungkin kebanyakan dari kita menyangkakan bahawa hartanya akan diagihkan terus kepada yang tersayang apabila mereka tiada lagi dan faktor inilah yang menyebabkan orang bertungkus-lumus berusaha mengumpulkan kekayaan untuk dinikmati oleh orang tersayang namun gagal dan terlupa untuk merancang kewangan apabila mereka meninggal dunia. Ini adalah suatu perkara yang sangat merugikan.



“Katakanlah : Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak pula kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah. Tiap2 umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak pula
mendahulukannya”.
 Surah Al Araaf (7) Ayat 3

Harta sepeninggalan si mati perlu melalui proses perundangan sebelum setiap harta boleh dipindah milik. Ini termaktub di dalam probate and administration act 1959

Akta Probet dan Pentadbiran 1959

Akta ini dilaksanakan terhadap harta pusaka besar (biasa) dan harta pusaka ringkas. Harta pusaka besar ialah harta pusaka yang jumlah nilainya lebih daripada RM 600,000.00 sama ada terdiri daripada harta alih semuanya atau semuanya harta tak alih atau terdiri dari campuran harta alih dengan harta tak alih atau harta pusaka yang jumlah nilainya kurang daripada RM 600,000.00 tetapi si mati ada meninggalkan wasiat.

Akta Probet dan Pentadbiran 1959 telah dikuatkuasakan pemakaiannya di seluruh Semenanjung Malaysia pada 1hb Februari 1960. Akta ini memperuntukan cara-cara untuk mendapatkan surat kuasa probet dan surat kuasa tadbir. Permohonan untuk mendapatkan surat kuasa probet dan surat kuasa tadbir boleh dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil. Menurut akta ini terdapat tiga jenis surat kuasa wasiat dan kuasa tadbir, iaitu :

( 1 ) Surat kuasa wasiat (probet) jika si mati meninggalkan wasiat yang meliputi semua hartanya (bagi si mati yang bukan beragama Islam).
( 2 ) Surat kuasa tadbir bagi harta pusaka tanpa wasiat (intestate estate)
( 3 ) Surat kuasa tadbir dengan wasiat berkembar apabila si mati meninggalkan wasiat untuk sebahagian daripada harta peninggalanya dan sebahagian yang lain tanpa wasiat.

Menurut akta ini, harta simpanan si mati (contohnya seperti  Akaun Bank, Saham-Saham ASB/ASW, EPF/Tabung Haji  ,Amanah Saham  ,Saham Syarikat,Harta Tanah ) akan dibekukan sebelum dipindah milik dan proses ini memakan  masa bertahun-tahun dan memerlukan yuran perkhidmatan yang diambil untuk pengurusan harta. Sekiranya harta yang ingin diwariskan bernilai RM 1 juta namun sekiranya anda di caj 1% (hanya sekadar contoh) dari harta tersebut bermakna anda telah hilang RM10,000 untuk diwariskan kepada orang tersayang anda.


TAKAFUL sebagai alternatif perancangan harta.

Apakah itu hibah dan wasi ? Hibah dan Wasi adalah instrumen penting dalam pembahagian harta dalam Takaful. Hibah adalah pemberian. Wasi adalah pemegang amanah. Orang yang mengambil insuran takaful dipanggil peserta.

Peserta mendapat sejumlah wang pampasan kiranya ditimpa musibah. Andai kata peserta meninggal dunia sejumlah wang akan diberikan kepada waris beliau. Disini pemberian secara hibah atau wasi mengambil peranan. Kiranya peserta lelaki membuat hibah keseluruhan pampasan kepada isterinya, maka isterinya itu akan mendapat keseluruhan harta tersebut tanpa perlu difaraidkan. 




Ini kerana hibah atau pemberian tersebut dibuat ketika peserta masih hidup. Seandainya peserta melantik isteri sebagai wasi (pemegang amanah), maka isteri akan membahagikan pampasan kepada waris tersebut mengikut persetujuan kesemua waris ataupun secara faraid.
Pemberian dari hibah akan dibuat selepas dalam tempoh 60 hari TANPA melalui proses mahkamah dan melalui akta Probet dan pentadbiran 1959. Wang takaful dikira sebagai bukan harta si mati dan akan menjadi creditor proof (kalis pemiutang). Polisi yang diamanah-hibahkan juga akan menjadi bankruptcy-proof (kalis bakrupsi).
Penamaan hibah untuk harta pewarisan akan melindungi harta anda untuk orang tersayang, menjimatkan , tempoh yang singkat, dan secara tidak langsung akan membangkitkan ketenangan harmoni kerana polisi yang dihibahkan adalah pemberian oleh si mati kepada penama hibah yang tidak boleh dinafikan atau dibicarakan lagi.


Promosi di MAA TAKAFUL

Dengan menyimpan dan melabur di MAA TAKAFUL, hanya  3% premium tahunan diperlukan dari harta yang dirancang untuk diwarisi. (jumlah premium tertakluk kepada jumlah yang ingin dilindungi, dan tempoh caruman dilakukan).
Sekiranya anda ingin mewariskan sebanyak RM 1 juta kepada orang tersayang. Bukalah akaun hibah dan bayar caruman sebanyak 3 % dari nilai itu setiap tahun (RM 30000 setahun). Rancang dan bertindaklah secepat mungkin kerana kematian tidak akan menunggu anda walau sesaat. Takaful dapat melindungi kewangan anda, namun tidak dapat melindungi nyawa anda.







Tuesday, May 24, 2011

Piramid pengurusan kewangan (Part 3: TAKAFUL: perlindungan berasaskan pelaburan)

 “Pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk memperoleh kadar pulangan yang dikehendaki, dengan menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Perkara yang perlu diingat ialah walaupun kadar pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin.”

Pelaburan diletakkan di tempat ke-3 di dalam pengurusan kewangan. Mengapa? Logiknya pelaburan memerlukan dana dan dana itu puncanya dari pendapatan.  Sekiranya pendapatan melebihi keperluan, adalah lebih baik disimpan untuk kegunaan kecemasan dan lain-lain keperluan masa hadapan. Sekiranya mempunyai lebihan simpanan, barulah seseorang itu memikirkan tentang pelaburan. Sekiranya anda tidak mempunyai satu skim yang dapat melindungi pendapatan anda apalah gunanya untuk memikirkan tentang pelaburan kerana punca pelaburan datang dari pendapatan dan jika musibah datang, bagaimanakah pendapatan dapat menjamin kelangsungan pelaburan? Tiada pelaburan tanpa modal, untuk bertumbuh dan membesar sudah tentu memerlukan benih(modal).

Kebanyakan rakyat Malaysia terlalu ghairah untuk melabur. Kerana ianya benar, pelaburan akan menggandakan wang. Namun apa yang perlu diingat ialah seperti di atas, walaupun kadar pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin. 

Lindungi diri anda dan pelaburan anda dengan MAA Takaful
Sekiranya anda masih tidak mempunyai apa perlindungan takaful keluarga dan takut tidak mempunyai apa-apa pelaburan, mari kita lupakan sejenak tentang pelaburan unit amanah, emas, skim cepat kaya dan lain-lain dan lihat bagaimana dengan perlindungan takaful juga anda dapat menggandakan simpanan anda !

PENGURUS DANA MAA TAKAFUL






Click picture to enlarge (tekan gambar untuk pembesaran)


MAA Takaful mengumumkan pengagihan Unit Bonus/ Dividen bagi Dana-Dana Berkaitan Pelaburan MAA Takaful untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010 seperti berikut:

1. Shariah Growth Fund: 16 unit percuma per 100 unit, pulangan sebanyak 21.82%
2. Shariah Balanced Fund: 13 unit percuma per 100 unit, pulangan sebanyak 16.69%
3. Shariah Income Fund: 2.0 sen untuk setiap unit pegangan, pulangan sebanyak 5.44%
4. Shariah Flexi Fund: 9.2 % (dalam tempoh 3 bulan pelancaran)

Good plan for your finance is not only good for you but your family, and your UMMAH! Salam.

Saturday, May 21, 2011

Piramid pengurusan kewangan (Part 2: TAKAFUL- penyimpanan bijak)

Simpanan adalah kaedah yang paling rapuh di dalam pengurusan kewangan. Pengukuhkan terhadap sistem pertahanan ini perlu dilakukan sebelum melakukan sebarang aktiviti pelaburan untuk apa-apa tujuan seperti menceburkan diri dalam bidang perniagaan, pembiayaan kos- kos kritikal seperti perubatan dan pendidikan, menyara keluarga, pembayaran hutang lapuk dan sebagainya. 


Cabaran- cabaran ekonomi masa kini seperti kenaikan harga barang, kadar inflasi yang tidak menentu, korupsi yang semakin menjadi- jadi dan pengurusan kewangan negara yang tidak telus telah mendesak kita supaya menyiapkan diri dengan persediaan yang serapi mungkin bukan sahaja untuk kebaikan kita tetapi juga untuk kesejahteraan generasi akan datang.



Simpanan memang mudah untuk diperkatakan tetapi sangat sukar dan payah untuk dilaksanakan. Ini kerana tindakan ini memerlukan kesedaran yang tinggi, komitmen dan kesabaran yang berterusan sebelum mencapai hasil yang diinginkan kelak. Cuma segelintir daripada kita sahaja yang berjaya menyimpan secara konsisten.



Mengapa sukar untuk menyimpan?


Permasalahan ini bukanlah untuk menyalahi atau memburukkan mana-mana pihak. Rata-rata antara kita (termasuk penulis sendiri) mempunyai masalah berhadapan dengan sikap menyimpan wang. Ada juga yang akan beralasan bahawa wang bukanlah segala-galanya.Ianya memang benar namun tetapi semua perkara yang kita kehendaki atau hadapi sebutkan apa sahaja pasti sangat- sangat mengkehendakkan wang. Wang sangat diperlukan sehinggalah kita menghembuskan nafas terakhir, wang diperlukan untuk menguruskan pengebumian kita.


Sikap terlalu boros dalam berbelanja sering menjadi halangan terbesar kepada seseorang individu daripada menyimpan.Namun strategi perbelanjaan yang bijak sangat perlu bagi memastikan simpanan dapat dijalankan walaupun sedikit 


Pendapatan yang kononnya ’cukup makan’ menjadi halangan kepada seseorang untuk berjimat cermat dan menyimpan. Sebenarnya orang yang bijak adalah orang yang tidak memikirkan nasibnya untuk masa yang singkat tetapi lebih penting lagi memikirkan nasib yang akan menimpa pada masa- masa mendatang. Apa guna duit yang banyak tetapi hanya dihabiskan untuk bersuka ria tanpa memikirkan keperluan-keperluan di masa hadapan?


Kaedah terbaik menyimpan wang




Berikut adalah kaedah yang terbaik untuk menyimpan wang


1. Tetapkan tujuan penyimpanan dan kadar simpanan. Semua orang perlu menyiapkan simpanan dan tujuannya sememangnya berlainan untuk setiap individu. Antara tujuan itu seperti menampung kos kecemasan seperti kerosakan rumah, kecurian dan sebagainya atau penyimpanan untuk mengerjakan haji, penyimpanan untuk pendidikan anak-anak dan lain-lain.


2. Tetapkan peratus simpanan yang perlu dilakukan setiap bulan. Mulakan dengan peratus kecil dahulu dan tambahkan dari masa ke semasa bergantung kepada jumlah pendapatan dan jumlah perbelanjaan bulanan. Contohnya mulakan dengan 10 %. Penyimpanan melalui auto debit, atau pemotongan gaji melalui biro angkasa bagi pekerja sektor awam adalah sangat bagus kerana wang yang disimpan akan terus disimpan di dalam akaun tanpa kita sedari.  

3. Buka akaun yang TIDAK mempunyai kad ATM. (Sebagai contoh akaun Tabung Haji). Kita juga boleh menggunakan akaun bank-bank lain dan jangan meminta kemudahan kad ATM. Ini bagi menghalang kita daripada mengeluarkan wang simpanan kita dengan sewenang- wenangnya. Sekiranaya kita mempunyai lebih daripada satu akaun bank, kita boleh memilih salah satu daripada akaun bank tersebut untuk tujuan simpanan semata- mata.

4. Gunakan kemudahan online banking untuk memudahkan urusan memindahkan wang dengan cepat dan serta merta khusunya bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk memasukkan wang. Walaupun anda dikenakan RM2 setiap transaksi. Anda akan mendapati ia berbaloi bila melihat hasil simpanan anda kelak. Antara kemudahan online banking yang boleh digunakan ialah www.maybank2u.com.my (Maybank) dan www.cimbclicks.com.my (CIMB Bank).

Contoh penyimpanan:
Peratus simpanan yang ditetapkan = 10%
Gaji semasa (Bulanan) = RM 1500
Jadi simpanan bulanan = RM150 sahaja
Jumlah simpanan dalam 2 tahun = RM 150 x 24 bulan
= RM 3600

Bagaimana sekiranya tempoh simpanan 5 tahun?

Jumlah ini boleh digunakan di masa kita benar- benar memerlukan wang seperti membiayai kos perubatan, memulakan perniagaan kecil- kecilan, menyambung pengajian, membayar kos persekolahan anak- anak atau adik- adik dan melangsaikan hutang lapuk.
Disiplinkan diri untuk tidak mengeluarkan wang simpanan ini. Cuba cari pilihan lain dahulu dan pengeluaran wang simpanan adalah pilihan yang terakhir


TAKAFUL- penyimpanan bijak

Penyimpanan wang melalui MAA Takaful adalah baik sekiranya penyimpanan dibuat untuk jangka masa panjang. Ini kerana sekiranya individu membuka akaun dengan caruman tertentu, jaminan perlindungan juga akan diberikan pada pemegang akaun. Pencarum/ peserta takaful juga boleh mengeluarkan wang mereka selepas 5 tahun dan dengan hanya meninggalkan lebihan sebanyak RM1000 minimum, peserta takaful masih layak mendapat perlindungan asalkan ianya cukup untuk menampung caj yang dikenakan di dalam tabung pelaburan risiko peserta. (PRIA). Tabung pelaburan risiko peserta adalah tabung yang digunakan untuk membiayai mana-mana peserta takaful yang layak mendapatkan pampasan seperti kematian, kemalangan dan sebagainya.


Penyimpanan di bank yang mempunyai kad ATM sesuai untuk simpanan jangka pendek kerana dapat mengeluarkan wang dengan mudah ketika perlu. Namun, kesilapan menyimpan untuk jangka panjang di dalam bank kerana wang yang disimpan juga mudah untuk dikeluarkan menyebabkan strategi penyimpanan kita gagal sama sekali. Kita juga tidak mempunyai apa-apa manfaat perlindungan. Sekiranya apa-apa terjadi pada diri kita, kita hanya dapat mengeluarkan nilai penyimpanan yang kita simpan sahaja berlainan sekiranya kita menyimpan di MAA Takaful kita juga akan mendapat manfaat perlindungan bergantung kepada nilai yang kita simpan. Ianya juga halal dan menepati syariah, dan mudah kerana mempunyai konsep HIBAH. (akan diterangkan kemudian).

 

Friday, May 20, 2011

Piramid pengurusan kewangan

Assallamualaikum dan salam sejahtera. Saya berharap dan mendoakan agar kita sentiasa sihat dan sejahtera selalu. Mari kita lihat hadis Rasulullah S.A.W ini.


“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta” (
HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI)


Setiap dari kita semuanya mengimpikan kehidupan dan keluarga yang harmoni dan ramai dari kita memilih untuk hidup sederhana dan tidak mengimpikan sebuah keluarga yang mewah. Asalkan keluarga mereka dilimpahi kesenangan, anak-anak yang bekerja berpendapatan tetap, pelajaran yang cukup, keperluan hidup yang mencukupi beerti mereka sudah mempunyai keluarga yang sempurna. Namun begitu, ini bukanlah satu alasan untuk kita mengelak dari melakukan perancangan kewangan untuk diri dan keluarga. Kita akan mendapati semakin besar pendapatan kita, keperluan hidup keluarga kita juga akan besar. Begitu juga semakin besar sesebuah institusi keluarga itu, jelas semakin besar jugalah keperluan hidup keluarga mereka.

Piramid pengurusan kewangan seperti yang ramai sedia maklum sering diterangkan di seminar-seminar pengurusan kewangan. Ianya ditunjuk bagi menerangkan hieraki atau prioriti kewangan itu sendiri. Pelbagai model telah dibina namun asasnya adalah seperti berikut:


Perlindungan pendapatan atau perlindungan gaji adalah asas kepada pengurusan kewangan itu sendiri. Setiap individu akan menghadapi risiko dengan apa-apa musibah apabila dia melangkahkan kaki untuk keluar dari rumah untuk bekerja. Malahan, sekiranya dia hanya duduk sahaja di rumah, dia juga akan menghadapi risiko musibah dan lebih malang lagi dia tidak dapat menambahkan pendapatan. Sekiranya pendapatan tidak dilindungi, seseorang mengalami musibah yang menyebabkan kecederaan fizikal atau kematian akan gagal mendapat pendapatan seperti biasa dan harus mencari sumber pendapatan yang lain. Perlindungan pendapatan ini terdapat di TAKAFUL yang tujuan utamanya untuk melindungi pendapatan seseorang sekiranya terjadi kematian atau kemalangan yang menyebabkan kecacatan fizikal. Pengendali takaful atau insurans TIDAK dapat melindungi seseorang dari kematian/ lumpuh tetapi dapat melindungi pendapatan anda sekiranya terjadi kemalangan tersebut. Jika anda mahu memilih untuk mengambil polisi Takaful, pastikan tujuan anda betul dan pastikan polisi yang diambil benar-benar mencukupi untuk perlindungan pendapatan anda. Kebanyakan individu yang mengambil polisi hanya mengambil dengan kadar minimum dan kebanyakan perunding kewangan hanya menawarkan kadar minimum ini semata-mata untuk mendapat lebih ramai klien.

Berapakah nilai yang patut dilindungi?
Untuk mendapat rundingan secara peribadi. Silalah menghubungi saya secepat yang mungkin. Saya juga akan menerangkan serba sedikit maklumat di laman ini InsyaAllah.


Wednesday, May 18, 2011

TAKAFUL = pembentukan tabung kewangan yang tepat

Assallamualaikum, marilah kita melihat petikan akhbar ini..


BIENDA BERTARUNG NYAWA


Mungkin sudah takdir, akhirnya Bienda atau nama sebenarnya Norrazlinda Razli, 22, terpaksa menerima hakikat terdapat lubang sedalam 25 milimeter pada bahagian kiri jantungnya. Lebih mengejutkan, pihak hospital memaklumkan peruntukan untuk melakukan pembedahan jantung itu memerlukan kos sekitar RM50,000. Mana hendak dicari duit sebanyak itu? Persembahan pentas pun bukannya ada. Itulah nasib mereka. Hendak meminta malu tetapi jika tidak berbuat demikian bimbang penyakit itu akan melarat.
Mungkin sudah rezeki dari Tuhan, beban itu dapat juga dikurangkan apabila Pergerakan Pemuda UMNO pada 2 Januari lalu memaklumkan kesediaan mereka menghulurkan sumbangan RM25,000. Melalui Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang membantu berusaha mendapatkan peruntukan itu, paling tidak kedua-dua beranak tersebut mampu juga menarik nafas lega.

Dipetik daripada Utusan Malaysia: 6 Januari 2008
Alhamdulillah. Kini Bienda telah pun sembuh


AZEAN PERLUKAN RM90,000
    Sudah dua minggu aktres Azean Irdawaty selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada payudaranya dan aktres itu sudah disahkan semakin sihat, malah tidak sabar untuk bersama dengan karyawan lain ke Festival Filem Malaysia di Pulau Pinang awal Ogos nanti.


Apa pun, di sebalik senyuman riang Azean itu ‘tersembunyi’ sesuatu. Pelakon versatil berusia 57 tahun ini sebenarnya memerlukan bantuan kewangan untuk membiayai kos rawatannya. Kos rawatan penyakit kanser memang agak tinggi. Kimoterapi saja, sebanyak RM42,000 diperlukan Azean bagi enam sesi rawatan yang dijalani di Hospital Pakar Damansara pada 18 Julai lalu.

Kos berkenaan belum termasuk rawatan radioterapi yang akan dilakukan di hospital di Nilai. “Selepas mengambil kira semua perkara saya memerlukan kira-kira RM90,000,’’ katanya dalam senyum yang gundah.

Bagaimanapun, setakat ini sebanyak RM33,000 berjaya dikumpulkan. Ia hasil sumbangan diperoleh Azean daripada saudara, rakan, persatuan dan pihak yang prihatin pada dirinya. Azean mungkin kacau dan risau sebab untuk mendapatkan kos sebanyak itu bukannya mudah. Ambil masa dan tenaga, tetapi masalahnya dalam keadaan sekarang dia tidak boleh bekerja untuk mencari wang.

Alhamdulillah, kita bersyukur kehadrat Allah s.w.t yang masih lagi memberikan kita kesihatan dan nyawa untuk kita meneruskan tanggungjawab dan amanah kita di dunia. Sesungguhnya Allah tidak pernah dan tidak akan menzalimi hambaNya sebaliknya hambaNyalah yang selalu melakukan kezaliman.

2 kisah di atas bukan bertujuan untuk memburukkan sesiapa sahaja, namun agar kita dapat pengajaran bahawa kewangan adalah penting. Wang umpama minyak untuk sebuah kereta. Tanpa minyak, kereta tidak akan dapat bergerak biar bagaimana mahal atau murahnya nilai kereta tersebut.

Pembentukan tabung kewangan melalui takaful adalah salah satu cara yang kita ketahui. Umumnya secara sedar atau tidak kita melihat sudah banyak bank atau syarikat mempromosikan tabungan berasaskan takaful yang diakui pilihan yang tepat untuk kewangan. 

Apa perlunya tabung kewangan?

Tabung kewangan adalah penting apabila :

1. Kehilangan punca pendapatan. Ini terjadi sekiranya kita hilang upaya seperti lumpuh kekal ataupun meninggal dunia. Setiap orang mempunyai risiko untuk mendapat kehilangan punca pendapatan atas sebab ini. Siapakah antara kita yang betul-betul pasti bahawa dirinya tidak akan meninggal dunia?

2. Menghidapi penyakit kritikal. Penyakit kritikal bermaksud penyakit yang tidak dapat disembuhkan dan hanya dapat dirawat untuk memanjangkan tempoh hayat atau penyakit yang boleh membawa kematian.

3. Pendidikan anak-anak. Pendidikan anak-anak juga boleh dibina melalui pelaburan dan simpanan di dalam takaful untuk menjamin pelajaran anak-anak ke universiti yang terkemuka dengan biayaan sendiri tanpa membuat pinjaman yang membebankan anak-anak. Kita juga mengtahui kos pendidikan meningkat tahun demi tahun. 

4. Wang untuk persaraan. Tabung persaraan adalah penting supaya dapat menjamin persaraan yang lebih selesa. Pada waktu ini, adalah bagus sekiranya kita dapat mewariskan kekayaan dan harta kita kepada waris yang layak agar tidak memberi bebanan kepada waris kita dan dapat meneruskan legasi ekonomi keluarga yang kukuh. Hukum pewarisan harta dan pengurusan harta pusaka adalah penting. Kita mengetahui sebagai seorang Islam, harta peninggalan pusaka wajib dibahagikan melalui hukum faraidh. Takaful juga memberi penyediaan kepada peserta menguruskan harta pewarisan dengan lebih efisien dan tidak merumitkan keluarga melalui akaun HIBAH. Ini akan diterangkan pada waktu hadapan.

Mengapa perlu takaful ? Bukankah kita boleh menyimpan di bank ?


Individu yang tidak mempunyai polisi takaful akan membuat tabungan di dalam BANK. Bank merupakan tempat untuk menyimpan wang di zaman moden dan kita sudah tidak lagi melihat orang menyimpan wang di bawah bantal atau di dalam peti harta karun. Jika kita menyimpan RM1 di dalam bank, kita akan mendapat RM1 jika apa-apa musibah berlaku pada kita . Sebaliknya jika kita menyimpan RM1 di dalam takaful ? Kita akan mendapat bantuan yang nilainya lebih dari RM1. :-)

Pengertian TAKAFUL



Takaful

Mengikut tafsiran syara' ialah satu pakatan kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.
* Takaful mengikut tafsiran syara' ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.
* Ini bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapapun tidak masu
k syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit".

Tujuan Takaful

Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.
* Menjaga kebajikan sosial
* Mewujudkan keharmonian sosial
* Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana,"The fortune many compensate the unfortunate few".

Ciri - Ciri Takaful

Tiada unsur riba'Tiada unsur gharar (ketidakpastian)Tiada unsur maisir (judi)
Ada tabarru' (derma ikhlas)Ada perkongsian Al-Mudharabah (keuntungan)Akad yang dipersetujui.
* Tiada unsur riba
* Tiada unsur maisir (judi)
* Tiada unsur gharar
* Ada perkongsian untung (Al-Mudharabah)

KONSEP TABARRU'

Bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu. Takaful Nasional berperanan sebagai pengendali tabung tabarru'. Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru'.
* Tabarru' adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan / Membuat Derma Bersyarat / Mengurniakan Dengan Redha Sendiri
* Tabarru' dilakukan dengan sedar di atas niat yang suci murni untuk tujuan membantu.
* Tanpa tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jualbeli seperti insurans.
* Dengan konsep tabarru' , unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan.
* Daripada tabung tabarru', manfaat dibayar.
* Melalui tabaru', risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat.
* Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa pengendali takaful bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut.
* Wujudnya tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat bertabarru')
* Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil.
* Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dari insurans.

Krisis melanda rakyat Malaysia


sumber: Berita Harian (2003)

KUALA LUMPUR 8 April – Di negara-negara seperti Singapura di mana para pengguna percaya mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM3.8 juta hingga RM7.6 juta untuk bersara dengan selesa, sementara banyak rakyat Malaysia percaya mereka memerlukan kurang daripada itu, menurut kaji selidik terbaru setengah tahunan Ideal Asia MasterCard International.
Kira-kira 41 peratus rakyat Malaysia percaya mereka boleh bersara dengan selesa dengan empunyai RM380,000 hingga RM1.14 juta, kata kajian itu lagi.
Kajian Ideal Asia itu turut mengkaji bagaimana rakyat Malaysia dan pengguna-pengguna di 13 pasaran Asia/Pasifik lain merancang dan melihat persaraan mereka. Ia meliputi temu bual dengan sejumlah 5,386 pengguna atau purata 400 responden setiap pasaran.
MasterCard berkata secara keseluruhan, sesuku daripada responden di dalam kaji selidik itu memerlukan RM380,000 - RM1.14 juta untuk bersara dengan selesa manakala 15 peratus percaya RM1.14 juta hingga RM1.9 juta perlu bagi persaraan yang senang.
MasterCard berkata, 37 peratus daripada rakyat Malaysia akan berhenti sama sekali jika mereka mempunyai RM380,000-RM1.14 juta diperuntukkan sebagai nafkah persaraan mereka.
[b]Ia juga berkata 38 peratus daripada rakyat Malaysia percaya angka RM380,00-RM1.14 juta mungkin mencukupi untuk menggembirakan mereka. Katanya, jumlah purata yang diketepikan setiap bulan bagi dana pencen oleh rakyat Malaysia adalah RM380 atau kurang, yang adalah sama dengan pasaran-pasaran lain di rantau ini.
Bagaimanapun, Singapura adalah terkecuali kerana mereka menabung purata RM2,850 hingga RM3,800 sebulan kerana dana pencen mereka, tambahnya.

Mengumpul sebanyak RM380,000 bukanlah hal yang mudah tetapi hari persaraan adalah pasti untuk semua yang bekerja. Untuk membuat tabung persaraan bukan perkara yang mudah kerana wang selalunya tidak cukup. Memadai jika dilihat pada wang KWSP malahan bukan disimpan, malah sudah habis diakhir persaraan kerana banyak dikeluarkan sebelum tempoh matang. Hakikatnya, ramai rakyat Malaysia yang berdepan dengan hutang diwaktu persaraan walaupun diketika itu adalah waktu rehat setelah penat lelah bekerja. Ini menganggu status ekonomi dan sosial dan impian untuk membuka perniagaan keluarga, hidup selesa hanyalah menjadi mimpi di siang hari. Ramai juga yang setelah bersara terpaksa mencari kerja lain untuk menampung bebanan hutang dan keluarga seperti menjadi pengawal keselamatan, menjual makanan dan lain-lain. Apa yang lebih menyesakkan adalah kos-kos perbelanjaan yang bukannya semakin menurun malah semakin menigkat. Kos pendidikan, kesihatan, barangan kawalan dan bahan mentah tidak pernah menurun tahun demi tahun.

Jadi fikirkanlah tentang masa hadapan anda. Jika ianya bukan untuk diri anda, fikirkan untuk orang yang anda sayangi.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan tabungan kita gagal

1. Kewangan yang tidak mencukupi. Hal ini kerana perbelanjaan yang melebihi keperluan dan kemampuan. Perbelanjaan yang tidak terancang dan hutang yang banyak. Hal ini dapat diatasi dengan merancang kewangan dengan perunding kewangan. Mengatasi obses/nafsu untuk membeli barang yang tidak perlu dan perubahan sikap.

2. Masa yang tidak mencukupi untuk menabung. Pada waktu mula kita bekerja, kita tidak memikirkan untuk menabung, tabungan hanyalah difikirkan untuk membina keperluan seperti rumah, kereta, dan perkahwinan. Begitu juga selepas berkahwin, tabungan hanyalah untuk perbelanjaan anak-anak dan ibu-bapa. Sebenarnya tabungan haruslah dilakukan sekarang sebelum anda dimakan masa dan melihat masa berlalu begitu sahaja tanpa ada tabungan yang cukup.

3.Kemudahan. Ramai juga yang tidak mengetahui cara yang tepat untuk menabung. Ramai yang gagal menabung kerana wang yang mudah untuk dikeluarkan. Pada saya, penabungan yang sukar untuk dikeluarkan dan hanya dikeluarkan diwaktu yang telah ditentukan adalah tabung yang baik. Umpama tabung yang paling baik untuk dibeli kepada anak-anak kita adalah tabung yang susah untuk dipecahkan dan susah untuk dikorek. Ini akan dibincangkan nanti..

Secara umumnya kewangan adalah sesuatu yang penting untuk dirancang dan tak boleh terlepas pandang.Kegagalan merancang kewangan akan menyebabkan kegagalan dalam ekonomi individu keluarga dan masyarakat juga memberi kesan kepada sosial kita. Keluarga yang berstatus sosial yang mempunyai syarikat besar seperti di dalam drama tidak mungkin wujud sekiranya tidak mempunyai kewangan yang kukuh dan modal yang hanya 100% bergantung pada peruntukan. Mulailah merancang kewangan anda sekarang!

Kata-kata tentang planning

Semua orang tahu tentang planning atau perancangan. Di dalam setiap apa juga kehidupan kita perancangan adalah penting dan ini semua diketahui umum. Berikut adalah quotes atau kata-kata yang berkaitan dengan planning :

(perancangan ialah membawa masa hadapan ke hari ini jadi anda akan membuat sesuatu tentangnya pada hari ini)

(perancangan yang baik pada hari ini ialah perancangan yang sempurna untuk hari esok)

(Ianya berbaloi untuk merancang. Hujan tidak datang sewaktu nabi Nuh membina bahtera)

Jadi, saya fikir semuanya bersetuju bahawa perancangan di dalam kehidupan itu adalah penting juga perancangan untuk akhirat. Nabi Muhammad s.a.w juga pernah berpesan agar kita meningingati 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara iaitu :

1. Lapang sebelum sempit
2. Kaya sebelum miskin
3. Muda sebelum tua
4. Sihat sebelum sakit
5. Hidup sebelum mati

Jadi, tanyalah kepada diri kita, apakah kita sudah merancang untuk diri kita dan orang yang kita sayangi. Jawapan ini hanya anda sahaja yang tahu. Sama-sama kita fikirkan.


Salam pembuka bicara

Assallamualaikum. Salam sejahtera. Terima kasih kerana meluangkan masa melawat laman blog ini. Ini bukan blog untuk menjadi jutawan segera, untuk cepat kaya, atau menjual barangan bukan-bukan. Halaman ini hanyalah bingkisan pemahaman kepada kita tentang bagaimana untuk merancang perbelanjaan khususnya dengan takaful planning. Diharap kita semua dapat memahami dan merancang kewangan. Ibarat kata pepatah "if we fail to plan, we are planning to fail". Saya menjamin, anda tidak akan kerugian apa-apa malah dapat menambah sedikit ilmu dengan laman blog yang tidak seberapa ini...:-)